Selamat datang ke Resort Sungai Perak,Kuala Kangsar.Di sini kami menyediakan penginapan yanng selesa kepada para tetamu antaranya bilik jenis superior,deluxe dan juga suite.Untuk yang datang secara berkumpulan boleh menginap di dorm yang telah kami sediakan.Kemudahan parking juga mencukupi untuk para tetamu yang datang menginap di sini.Setiap staf di sini akan menjamin keselesaan para tetamu yang datang menginap dan akan memberikan khidmat yang dijamin memuaskan.Semestinya pandangan Resort ini yang berhadapan dengan Sungai Perak dan juga bersebelahan dengan Jambatan Sultan Abdul Jalil memberikan satu panorama yang luar biasa kepada para tetamu.
BILIK SUPERIOR
PANDANGAN LUAR BILIK DELUXE
BILIK DELUXE
BILIK SUITE
DEWAN PUTRI
DEWAN BAYU
LOBI RESORT
I-CITY RESORT
PANDANGAN RESORTSUNGAIPERAK DARI ATAS JAMBATAN SULTAN ABDUL JALIL
Resort Safari Sungai Perak yang kini dikenali sebagai Perak Riverview Resort Kuala Kangsar yang berkeluasan sekitar 5 ekar persegi dan mula dibina pada tahun 1998 melalui peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Jabatan Landskap Negara serta Kerajaan Negeri Perak.
Pembinaan resort ini telah disiapkan pada akhir Mac 2000 dan mula beroperasi pada 1 April 2000 dimana Majlis Daerah Kuala Kangsar (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) telah diperakukan untuk menguruskan resort ini secara sepenuhnya.Tuan Haji Rahim Bin Saleh selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Kangsar pada masa itu adalah pencetus idea bagi melaksanakan pembinaan resort tersebut.
Lokasi Resort ini yang terletak di tepian Sungai Perak yang bersebelahan dengan Jambatan Sultan Abdul Jalil yang megah berdiri merupakan Resort yang terbesar di Kuala Kangsar.Panorama yang menghadap Sungai Perak menjanjikan ketenangan dan kedamaian bagi para pengunjungnya.Deretan meja santai dihadapan Resort ini memberi peluang kepada para pengunjungnya menghirup udara segar dan nyaman.
Selain itu,pelbagai kemudahan lain disediakan antaranya kemudahan penginapan,cafe restoran,dewan seminar,taman permainan,trek jogging dan kemudahan rekreasi yang lain.Untuk masa sekarang Resort Sungai Perak telah diambil alih oleh rangkaian Hotel Bajet Batang Kali di bawah pimpinan Encik Abdul Hamid Bin Dullah sejak Mei 2014.Di bawah pengurusan beliau,Resort ini akan berkembang maju seiring dengan kemajuan bidang pelancongan di negara kita.Pelbagai rencana akan dilaksanakan bagi memenuhi permintaan para pelanggan.
PELAN KE LOKASI RESORT SUNGAI PERAK
Bagi yang berkeinginan untuk menginap di Resort Sungai Perak,Kuala Kangsar,di sini kami sertakan arah tuju untuk ke lokasi.Bagi yang bergerak dari Selatan seperti Johor,Melaka,Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur cukup mudah untuk anda melalui jalan darat.Sama seperti yang bergerak dari arah Utara seperti Perlis,Kedah dan Pulau Pinang.Anda hanya perlu menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.Dari selatan pengguna perlu melalui Lebuhraya berkenaan dan perlu melalui lorong menghala ke Ipoh.Di lorong berkenaan pengguna tidak perlu untuk masuk EXIT Ipoh sebaliknya teruskan perjalanan anda menggunakan Lorong Express menghala ke Pulau Pinang.Lebih kurang 30km dari Ipoh,anda perlu memilih untuk keluar ke EXIT 143 iaitu ke Kuala Kangsar.Sama sahaja bagi yang tiba dari arah Utara,manakala bagi yang bergerak dari Pantai Timur Kelantan dan Terengganu,anda perlu melalui Lebuh Raya Pantai Timur ke Gerik dan ke Lenggong.Tiba sahaja di pekan Kuala Kangsar,anda hanya perlu mencari Jambatan Sultan Abdul Jalil kerana resort kami hanya bersebelahan dengan jambatan tersebut.
PANDANGAN LUAR BILIK SUPERIOR
Lobi untuk tetamu bilik Superior berehat ataupun menggosok pakaian |
BILIK SUPERIOR
Bilik Superior jenis 'Twin' |
Bilik Superior jenis 'Double' |
PANDANGAN LUAR BILIK DELUXE
Pandangan hadapan bilik Deluxe |
BILIK DELUXE
Bilik Deluxe jenis 'Double' |
Bilik Deluxe jenis 'Twin' |
BILIK SUITE
Suasana bilik Suite yang luas |
Pandangan ruang tamu di bilik Suite |
Kerusi santai menghadap ke Sungai Perak |
DEWAN PUTRI
DEWAN BAYU
Pandangan hadapan dewan bayu |
Pandangan dalaman dewan bayu |
Dewan dilengkapi sistem audio dan video |
LOBI RESORT
Meja untuk tetamu menjamu selera |
Suasana lobi |
Pandangan di padang resort |
Jambatan Sultan Abdul Jalil |
Laluan pejalan kaki / trek jogging |
I-CITY RESORT
Pandangan hadapan lobi waktu malam |
Suasana malam resort |
Suasana malam Jambatan Sultan Abdul Jalil |
PANDANGAN RESORTSUNGAIPERAK DARI ATAS JAMBATAN SULTAN ABDUL JALIL
Resort Safari Sungai Perak yang kini dikenali sebagai Perak Riverview Resort Kuala Kangsar yang berkeluasan sekitar 5 ekar persegi dan mula dibina pada tahun 1998 melalui peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Jabatan Landskap Negara serta Kerajaan Negeri Perak.
Pandangan Jambatan Sultan Abdul Jalil dari jeti |
Pembinaan resort ini telah disiapkan pada akhir Mac 2000 dan mula beroperasi pada 1 April 2000 dimana Majlis Daerah Kuala Kangsar (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) telah diperakukan untuk menguruskan resort ini secara sepenuhnya.Tuan Haji Rahim Bin Saleh selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Kangsar pada masa itu adalah pencetus idea bagi melaksanakan pembinaan resort tersebut.
Lokasi Resort ini yang terletak di tepian Sungai Perak yang bersebelahan dengan Jambatan Sultan Abdul Jalil yang megah berdiri merupakan Resort yang terbesar di Kuala Kangsar.Panorama yang menghadap Sungai Perak menjanjikan ketenangan dan kedamaian bagi para pengunjungnya.Deretan meja santai dihadapan Resort ini memberi peluang kepada para pengunjungnya menghirup udara segar dan nyaman.
Selain itu,pelbagai kemudahan lain disediakan antaranya kemudahan penginapan,cafe restoran,dewan seminar,taman permainan,trek jogging dan kemudahan rekreasi yang lain.Untuk masa sekarang Resort Sungai Perak telah diambil alih oleh rangkaian Hotel Bajet Batang Kali di bawah pimpinan Encik Abdul Hamid Bin Dullah sejak Mei 2014.Di bawah pengurusan beliau,Resort ini akan berkembang maju seiring dengan kemajuan bidang pelancongan di negara kita.Pelbagai rencana akan dilaksanakan bagi memenuhi permintaan para pelanggan.
PELAN KE LOKASI RESORT SUNGAI PERAK
Bagi yang berkeinginan untuk menginap di Resort Sungai Perak,Kuala Kangsar,di sini kami sertakan arah tuju untuk ke lokasi.Bagi yang bergerak dari Selatan seperti Johor,Melaka,Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur cukup mudah untuk anda melalui jalan darat.Sama seperti yang bergerak dari arah Utara seperti Perlis,Kedah dan Pulau Pinang.Anda hanya perlu menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.Dari selatan pengguna perlu melalui Lebuhraya berkenaan dan perlu melalui lorong menghala ke Ipoh.Di lorong berkenaan pengguna tidak perlu untuk masuk EXIT Ipoh sebaliknya teruskan perjalanan anda menggunakan Lorong Express menghala ke Pulau Pinang.Lebih kurang 30km dari Ipoh,anda perlu memilih untuk keluar ke EXIT 143 iaitu ke Kuala Kangsar.Sama sahaja bagi yang tiba dari arah Utara,manakala bagi yang bergerak dari Pantai Timur Kelantan dan Terengganu,anda perlu melalui Lebuh Raya Pantai Timur ke Gerik dan ke Lenggong.Tiba sahaja di pekan Kuala Kangsar,anda hanya perlu mencari Jambatan Sultan Abdul Jalil kerana resort kami hanya bersebelahan dengan jambatan tersebut.
No comments:
Post a Comment